Fakta Minyak Yang Wajar Diketahui

Di sini, dibawakan beberapa fakta yang sewajarnya diketahui oleh rakyat:@nangis
* Malaysia merupakan 'net exporter' minyak. Negara mengeluarkan minyak sekitar 650,000 tong sehari. Pengeluaran ini tidak termasuk lagi dengan pengeluaran Petronas di Sudan, Afrika dan Negara Teluk. Pengunaan minyak pula adalah sekitar 500,000 tong sehari.
* Negara mengimport minyak murah dari luar bagi penggunaan domestik. Harga minyak semasa yang diimport ketika ini adalah USD 135 setong. Minyak yang dikeluarkan oleh negara pula dieksport ke luar pada harga USD 145 setong.
* Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz pernah menyatakan bahawa pendapatan negara akan meningkat antara RM 100 juta hingga RM 200 juta setahun bagi kenaikkan harga minyak sebanyak USD1. Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohd Yaakub pula pernah menegaskan, rakyat tidak perlu bimbang dengan peningkatan harga minyak kerana ekonomi negara akan kukuh dan ia adalah rahmat bagi negara.
* Berdasarkan kepada laporan Petronas pada tahun 2006, jangka hayat minyak Petronas masih berbaki 20 tahun lagi dan rizab gas pula masih mempunyai 34 tahun lagi.
* Nisbah penggantian(replacement ratio) pada tahun 2006 ialah 1.8 kali ganda. Ini bermakna dengan nisbah 1 liter(digunakan) :1.8 liter adalah sumber baru.
* Petronas kini berkembang dengan begitu baik di luar negara. Rizab Petronas di luar negara ialah 3.2 kali lebih tinggi daripada jumlah nisbah penggantian. Ini bermakna setiap 1 liter yang digunakan, kita mempunyai nisbah penggantian 3.2 kali ganda lagi pada kadar rizab kini.
* Akaun Petronas tidak pernah diaudit oleh mana-mana badan audit bebas. Selain itu, ia juga hanya bertanggungjawab kepada Perdana Menteri, tidak kepada Parlimen.
* Petronas mempunyai sebuah tabung yang akan digunakan andai sumber minyak dalam negara habis digunakan. Tabung ini dinamakan Tabung Warisan Petronas. Setiap tahun, sebahagian daripada keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini. Namun, jumlah dana dan kedudukan tabung tersebut masih menjadi tanda-tanya.
* Data perbendaharaan menunjukkan kenaikkan pendapatan hasil kerajaan melonjak di bawah pemerintahan Datuk Seri Abdullah. Ia disebabkan peningkatan pendapatan kerajaan melalui:
1. Hasil Cukai Langsung negara meningkat dari RM 11.5B pada tahun 2004 kepada RM 20.7B dalam tahun 2006.
2. Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport meningkat dari RM 1.5B pada tahun 2004 kepada RM 2.3B pada tahun 2006.
3. Dividen Petronas daripada RM 9.1B dalam tahun 2004 melonjak hampir sekali ganda kepada RM 18B pada akhir tahun 2006.
4. Royalti petroleum dan gas pula meningkat dari RM 2.5B pada tahun 2004 kepada RM 4.2B pada tahun 2006.
* Data daripada Bank Negara menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara berikutan dari peningkatan harga minyak di pasaran dunia.
1. Pada tahun 2004 menunjukkan kerajaan membelanjakan sebanyak RM 5.8B untuk segala subsidi termasuk bahan bakar, makanan dan lain-lain.
2. Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM 13.4B.
3. Perbelanjaan untuk subsidi menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM 10.1B.
Berdasarkan kepada fakta yang diberikan, anda sendiri boleh menilai kemewahan kedudukan kewangan kerajaan menerusi hasil minyak serta kewajaran tindakan kerajaan baru-baru ini.

:sobrakana:

 

Reader Comments

hmm..ternyata mmg pengurusan kewangan malaysia mmg lemah..

ape la kerajaan yg dh mmerintah 50thn malaysia merdeka tetapi xley berfungsi dgn baik..

ni semua sbb tindakan ahli2 kerajaan yg gelap mata dgn duit..



Mutiara Kata

"Kegagalan hari Ini bererti pendorong, namun kejayaan semalam bukan bererti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

''Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian''

About Me

My photo
Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
"nothing special" ayat xbleh blah..hahaha

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR
1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB
1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH
1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

KATA-KATA HIKMAH UMAR BIN AZIZ
1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

KATA-KATA HIKMAH SUFFIAN AS THAURI
1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.
2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.
3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat."

Live Technical Support

Max`s Entertainment

.

Shoutbox

GoCurrency Web Tools

Live Traffic "jem"

Information