Pemidang PAS dikoyak MBKT

Muda Mohd Noor | Jan 14, 09

Satu pertelingkahan kecil tercetus di antara petugas PAS dengan pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu apabila mereka cuba menurunkan pemidang bersaiz besar parti itu.

Pemidang berkenaan diletakkan di satu simpang tiga dekat SK Tengku Ampuan Mariam di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu kira-kira jam 4 petang tadi.

kuala terengganu by election dispute over poster 140109 01Bagaimanapun, 20 petugas PAS bersama penyokongnya berjaya menghalang kakitangan penguatkuasa MBKT - yang juga sebahagian jawatankuasa pemantau pilihanraya kecil parlimen tersebut - daripada merobohkan pemidang berkenaan.

Sebahagian pemidang telah dikoyakkan sebelum ditampal semula oleh petugas-petugas PAS.

Sewaktu Malaysiakini tiba di tempat kejadian, kakitangan MBKT sedang beredar.

Pemidang berkenaan memaparkan gambar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan tertulis petikan kata-kata menteri besar itu yang dianggap gurindam rasuah.

Ia berbunyi "Nak Beri Salah, Tak Beri Salah, Umno Jadi Serba-Salah, Jom Pakat Pangkah PAS."

Tidak jauh dari kain pemidang berkenaan, ada satu poster besar yang memaparkan karikatur ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menunggang seekor keldai berkepala dua - presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

Kira-kira 10 anggota polis berada di tempat kejadian untuk mengawal keadaan.

Lebih kurang 20 minit kemudian timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan ketua Pemudanya Salahuddin Ayub hadir. Mereka diberi taklimat ringkas kejadian tersebut oleh petugas PAS di lokasi berkenaan.

Bercakap kepada wartawan, Nasharuddin berkata, PAS akan membuat aduan kepada suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan MBKT mengenai perkara tersebut.

"Kita telah menerima beberapa aduan mengenai tindakan pihak MBKT merobohkan poster dan pemidang PAS.

"(Tetapi) kita tidak tahu mengapa mereka bertindak demikian,” katanya.

Sementara itu, Salahuddin meminta aktivis Pemudanya tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang dilakukan pihak tertentu menjelang hari mengundi, Sabtu ini.

Katanya, tindakan mengoyak pemidang tersebut merupakan satu provokasi terhadap PAS.
malaysiakini

 

Reader Comments



Mutiara Kata

"Kegagalan hari Ini bererti pendorong, namun kejayaan semalam bukan bererti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

''Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian''

About Me

My photo
Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
"nothing special" ayat xbleh blah..hahaha

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR
1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB
1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH
1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

KATA-KATA HIKMAH UMAR BIN AZIZ
1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

KATA-KATA HIKMAH SUFFIAN AS THAURI
1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.
2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.
3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat."

Live Technical Support

Max`s Entertainment

.

Shoutbox

GoCurrency Web Tools

Live Traffic "jem"

Information