PUM mengutuk keras kezaliman Israel ke atas Palestin

Menyedari kebangkitan semula semangat penjajahan baru yang mewarisi semangat perang salib dalam kurun-kurun yang lepas yang ingin menobatkan hegemoni kuasa-kuasa besar dan negara-negara penjajah tradisional, di samping konspirasi zionis dan Israel dalam mengubah senario politik antarabangsa yang menggunakan kempen menentang terorisme sebagai usaha memburukkan imej Islam dan umatnya, di samping membenarkan penggunaan mekanisme undang-undang untuk membunuh dan menangkap secara pre-emptive.

Maka PUM dengan ini:

1. Menggesa Amerika Syarikat dan Britain menjelaskan mengapa mereka membiarkan keganasan Israel ini. Jelasnya menunjukkan tindakan Israel ini sebagai terroris.

2. Menyeru supaya pemerintah dan rakyat di negara-negara umat Islam bersatu menghadapi cabaran baru yang serius yang bukan sahaja sedang mengancam negara-negara seperti Afghanistan, Iraq dan Iran, tetapi juga mengancam seluruh negara umat Islam, rakyat majoriti dan minoriti dan umat Islam Palestin khasnya.

3. Menyelar sikap double standard kuasa-kuasa besar dan negara-negara bekas penjajah terhadap layanan mereka yang berbeza-beza dalam isu perlucutan senjata pemusnah besar-besaran dan sebagainya, yang tidak adil terhadap negara-negara islam

4. Menyeru pemimpin dan rakyat di negara-negara Islam agar kembali berpegang teguh dengan nilai-nilai asas ajaran Islam, konsep Islam yang syumul, sistem pendidikan Islam yang sebenar, perpaduan ummah yang kental berasaskan kepentingan bersama, penyediaan kekuatan pertahanan yang boleh menggerunkan musuh-musuh Allah dan umat Islam selaras dengan firman Allah dalam surah al-Anfaal ayat 60.


“Bersiaplah menghadapi mereka dengan segala kekuatan yang kamu mampu juga pasukan tentera berkuda agar kamu dapat mengerunkan musuh Allah dan musuh kamu. Juga golongan lain yang kamu tidak menyedarinya tetapi Allah tetap mengenali mereka.”

5. Menyedari gandingan kuasa zionis dan Israel yang begitu kental dengan kuasa ‘extrimist right wings’ Angelican Amerika yang menguasai pentadbiran negara tersebut dalam melaksanakan cita-cita perang salib baru di rantau umat Islam yang berhasrat untuk menjajah dan menakluki negara Islam satu demi satu atas alasan memerdekakan rakyat serta memakmurkan mereka dan mendemokrasikan wilayah tersebut, di samping menguasai sumber-sumber tenaga dan khazanah bumi serta lokasi strategik negara berkenaan maka PUM menyelar kuasa-kuasa berkenaan serta menentang perancangan mereka untuk memerangi negara-negara yang mereka sebutkan sebagai paksi kejahatan. PUM yakin, negara yang menjadi paksi kejahatan sebenarnya adalah negara kuasa besar berkenaan yang telah membuktikan pelbagai sejarah pembabitan; menzalimi dan memerangi berbagai negara dan bangsa di dunia ini.

6. Menyeru agar negara kuasa besar tersebut menarik balik tentera dan senjata mereka yang kini sedang berkeliaran di merata pelusuk dunia untuk melakukan keganasan dengan pelbagai senjata konvensional dan moden.

7. Menyedari bahawa peristiwa 11 September 2001 dengan segala kempen media berkaitan dengannya adalah berkemungkinan hasil perancangan zionis dan pihak tertentu untuk melemahkan lagi perjuangan pembebasan rakyat Palestin dengan menganjurkan kempen bersama kuasa besar memerangi apa yang dipanggil terrorisme dan kumpulan extrimist.

8. Menyeru agar umat Islam menyedari perancangan jahat musuh-musuh Islam yang menggerakkan Amerika memerangi negara-negara Islam untuk memberi kesempatan kepada Israel meningkatkan keganasan mereka terhadap bandar-bandar Tebing Barat dan juga usaha untuk merobohkan Masjid al-Aqsa, menyahudikan Baitul Maqdis serta memusnahkan masa depan perjuangan rakyat Palestin.

9. Menyeru agar pemimpin dan kerajaan negara-negara umat Islam membebaskan diri mereka dari berperanan sebagai kuda tunggangan serta boneka untuk menindas kebangkitan umat Islam yang sebenar. Kesedaran tentang perjuangan yang syumul, usaha meningkatkan jatidiri dan membentuk kekuatan dalaman ummah melalui sistem pendidikan Islam yang sebenar perlu ditingkatkan. Mereka hendaklah memberi kebebasan kepada seluruh rakyat untuk menikmati hak-hak asasi, kebebasan bersuara, perlaksanaan nilai-nilai syura dan demokrasi, media informasi yang profesional, amalan penghakiman yang adil serta pasukan keselamatan yang profesional berkecuali dan tidak memihak dari dipergunakan untuk kepentingan parti pemerintah.

10. Mereka hendaklah menamatkan tindakan menentang hasrat mendaulatkan nilai-nilai Islam dalam seluruh dimensi kehidupan termasuk politik. Tindakan ekstrim menindas kebangkitan tersebut adalah sejajar dengan kehendak Israel dan kuasa besar penjajah. Keamanan dan kesejahteraan hanya lahir dalam persekitaran yang menegakkan kebenaran dan keadilan. Selagi masyarakat tempatan dan dunia tidak menikmati satu sistem kehidupan yang berasaskan kebenaran dan keadilan yang sebenar, maka selama itulah keganasan peperangan dan kekejaman oleh negara dan individu yang tidak seimbang akan mencetuskan kemelut dan kekacauan di dalam mana-mana bahagian di dunia ini.

11. Menegaskan bahawa gerakan kebangkitan Islam bukanlah gerakan menafikan hak mana-mana negara dan umat beragama lain untuk mengamalkan nilai agama dan budaya yang mereka yakini di negara mereka tetapi ialah untuk mempertahankan jati diri umat Islam dalam negara mereka sendiri dan hak asasi mereka di negara mereka sendiri. Matlamat ini tidak boleh dilihat sebagai jenayah dan perbuatan ganas untuk diperangi oleh mana-mana negara atau pengikut agama lain atau pertubuhan dunia.

12. Menyeru para pemimpin negara Arab dan negara umat Islam agar bersatu menyokong negara barat tertentu yang tidak bersetuju dengan trend ganas dan haus perang Amerika dan sekutunya disamping mengambil langkah berkesan untuk mendesak tentera negara asing keluar dari rantau Arab dan Islam demi menghindari gejala “keganasan negara dan individu”.

Allah berfirman dalan surah Al-Saff ayat 4 “Sesungguhnya Allah suka orang yang berjuang dijalanNya dalam barisan yang teratur laksana benteng pertahanan yang padu (mantap)”.

Persatuan Ulama’ Malaysia

 

Reader Comments



Mutiara Kata

"Kegagalan hari Ini bererti pendorong, namun kejayaan semalam bukan bererti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

''Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian''

About Me

My photo
Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
"nothing special" ayat xbleh blah..hahaha

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR
1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB
1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH
1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

KATA-KATA HIKMAH UMAR BIN AZIZ
1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

KATA-KATA HIKMAH SUFFIAN AS THAURI
1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.
2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.
3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat."

Live Technical Support

Max`s Entertainment

.

Shoutbox

GoCurrency Web Tools

Live Traffic "jem"

Information