Siswa UM kecam isu kepala babi

Pelajar Islam Universiti Malaya (UM) tetap menunaikan solat Jumaat di surau Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) walapun ia digemparkan dengan penemuan kepala babi di dalam surau tersebut awal pagi tadi.

Kepala babi yang dibelah dua itu diletakkan di atas bendera PAS, ditemui oleh seorang aktivis pro-Mahasiswa, Mohd Azlan Zainal kira-kira jam 5 pagi tadi.

universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 01Tinjauan Malaysiakini di surau tersebut - yang menjadi tumpuan pelajar pada setiap minggu - mendapati permaidani di tempat kepala babi itu diletakkan, telah ditukar dengan permaidani baru berwarna biru.

Para pelajar yang berkumpul di situ selepas solat Jumaat kelihatan masih terkejut dengan kejadiaan itu.

Kira-kira 15 wartawan dan jurugambar turut hadir mebuat liputan berhubung kejadian yang pertama kali berlaku dalam sejarah Universitiuniversiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 04 Malaya.

Dalam sidang media selepas solat Jumaat, Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, beliau menganggap isu itu sebagai satu provokasi yang melampau yang cuba mencetuskan perselisihan antara kaum.

"Isu ini pada hakikatnya mencabar sensitiviti seluruh umat Islam kerana ia melibatkan penghinaan terhadap agama itu sendiri.

'Di luar jangkaan'

universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 02"Budaya seperti ini, sekiranya tidak diambil tindakan segara oleh pihak berwajib seperti polis, pentadbiran APIUM dan UM sendiri, akan menyebabkan pelakuan sebegini akan lebih berleluasa pada masa depan," katanya.

Menjawab soalan wartawan, Hishammuddin berkata, beliau tidak faham mengapa ada pihak yang sanggup meletakkan kepala babi di surau terbabit.

Beliau juga menyifatkan perkara itu sebagai di luar jangkaan kerana pihak keselamatan universiti itu sentiasa mengawasi dan merondai keseluruhan kampus setiap dua jam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY), Teh Hoong Keat pula menyifatkan perbuatan itu sebagai "satu cubaan sabotaj dan memburuk-burukkan nama baik PMIUM dan Pro-Mahasiswa.

"Namun begitu, kami tidak ingin menuduh mana-mana pihak dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan yang berkenaan supaya menyiasatnya dengan lebih terperinci," katanya.

Pilihanraya kampus

Teh juga menyeru mahasiswa - sama ada Islam dan bukan Islam - supaya jangan mudah terpengaruh dengan sebarang provokasi liar.

universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 05Manakala Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pula meminta pihak polis menyiasat kejadian terbabit dan memastikan tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukannya.

Pelajar Universiti Malaya akan membuang undi untuk memilih calon umum dan fakulti pada pilihanraya kampus Isnin depan.

Kampus tertua di Malaysia ini mempertandingkan sembilan kerusi umum dan 32 kerusi fakulti.

Akademi Pengajian Islam Universti Malaya adalah kubu kuat Pro-Mahasiswa.

 

Reader Comments



Mutiara Kata

"Kegagalan hari Ini bererti pendorong, namun kejayaan semalam bukan bererti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

''Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian''

About Me

My photo
Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
"nothing special" ayat xbleh blah..hahaha

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR
1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB
1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH
1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

KATA-KATA HIKMAH UMAR BIN AZIZ
1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

KATA-KATA HIKMAH SUFFIAN AS THAURI
1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.
2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.
3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat."

Live Technical Support

Max`s Entertainment

.

Shoutbox

GoCurrency Web Tools

Live Traffic "jem"

Information